Penganut-penganut Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Setelah dua tahun diraikan dalam skala kecil berikutan prosedur operasi standard (SOP) ketat disebabkan pandemik COVID-19, sambutan Thaipusam tahun ini disambut meriah dengan kehadiran ratusan ribu orang termasuk pelancong asing di seluruh negara.
Thaipusam ialah perayaan yang disambut pada bulan 'Thai', iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, bagi memperingati peristiwa Dewi Parvati memberikan lembing suci kepada anak lelakinya Dewa Murugan bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.
Jurugambar Getaran, Abdul Razak Latif berkongsi kemeriahan Thaipusam di lokasi utama sambutan di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
Masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam pada hari ini dengan membanjiri kuil-kuil utama di ibu negara dan beberapa bandar raya di seluruh negara
Penganut-penganut Hindu melakukan upacara keagamaan sebelum berarak ke Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves sempena perayaan Thaipusam
Seorang penganut Hindu melumurkan badannya dengan kunyit sambil melakukan ritual keagamaan di Sungai Tua sempena perayaan Thaipusam hari ini
Thaipusam tahun ini disambut dengan penuh pengertian mendalam dalam suasana penuh harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain
Semasa Thaipusam, acara memecahkan kelapa serta mencukur kepala dilakukan sebagai penebus dosa
Thaipusam ialah perayaan kedua terpenting bagi penganut agama Hindu di negara ini selepas Deepavali itu, mempunyai tarikan tersendiri, terutama kepada pelancong asing
Penganut-penganut Hindu membawa kavadi berarak ke Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves
Penganut Hindu dan pelancong dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan penularan COVID-19, selain menjaga kebersihan terutama di pekarangan kuil
Bagi penganut Hindu, Thaipusam digunakan untuk menyempurnakan nazar masing-masing dengan membawa ‘pal koodam’ (belanga susu) dan kavadi
Penganut-penganut Hindu menjunjung belanga berisi susu ketika berarak ke Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves sempena perayaan Thaipusam
Semalam, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya menjangkakan lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves, sempena perayaan Thaipusam