Selepas 20 Tahun Berlalu, Anne Hathaway Sahkan Bakal Bintangi Filem The Princess Diaries 3

EntertainmentMovie
6 Oct 2024 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Yang dinanti-nantikan buat peminat filem romantic comedy tahun 2000, terbaru, pelakon antarabangsa yang dikenali ramai iaitu Anne Hathaway memaklumkan bahawa dirinya akan membintangi sekuel filem The Princess Diaries 3 tidak lama.

Sewaktu khabar angin mengenai hal tersebut kecoh di platform media sosial, Anne telah memuat naik satu video di Instagram mengesahkan berita terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Hathaway (@annehathaway)

Perkataan ‘shut up’ itu merupakan dialog popular yang dilontarkan oleh Anne di dalam filem tersebut dan di ruangan kapsyen video yang dimuat naik itu, Anne memaklumkan dirinya akan kembali ke Genovia.

Sekadar info, Anne membintangi filem The Princess Diaries 1 pada tahun 2001 dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement pada tahun 2004.

image is not available 2 weeks ago

1,000 Botol Minyak Bayi Dirampas Di Kediaman Sean P. Diddy, Nama Justin Bieber Turut Terpalit Sama

View Original Article