Selepas 22 Tahun, Norman Hakim Akhirnya Bayar Mas Kahwin ‘Tertangguh’ Abby Abadi

LocalFamily & Parenting
5 Jan 2026 • 10:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas lebih dua dekad memendam rasa dan bersabar, pelakon dan usahawan Abby Abadi akhirnya berkongsi khabar yang cukup melegakan hati apabila urusan tertangguh yang berlarutan selama 22 tahun akhirnya selesai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby memaklumkan bekas suaminya, Norman Hakim telah melunaskan hutang mas kahwin baru-baru ini.

Norman Hakim selesaikan mas kahwin ‘tertangguh’

Dalam masa sama, Abby turut merakamkan penghargaan kepada suaminya dan juga Memey yang disifatkan tidak pernah mencampuri urusan berkenaan sepanjang tempoh itu.

@abbyabadi.exclusive

Dengan tenangnya, Sy Share la serba sikit- biar semua tahu, yg ni dah selesai setelah 22tahun ya.. image is not availableTerima Kasih Suami & Memey tak pernah campur urusan2 yg tertangguh ini.. Ps: Korang! Yg terbaca post ini… Cerita sini habis sini ok hihi.. bukan nak share sangatpun sbnrnya.. cuma nk maklum, berkat kesabaran selama 22tahun ni.. rezeki Sy, tetap rezeki Sy.. Alhamdullilah burpppp! Hihi.. Terima Kasih @normanhakim_786 sudi bayar apa yg tertunggak setelah berkemampuan.. Awk kata tak perlu share.. tapi takpelah, Sy suka nak share.. bukan sbb tak habis2 .. tp memang tak pernah selesaipun image is not availableimage is not available Sy terus menunggu dgn penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah Sy sebuah Mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana… & duit belanja besar jugaaaa nanti ..Aminnnn!! image is not availableimage is not available Tolong Aminkannnnn kawan2 image is not availableimage is not available

♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

Abby mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya kerana sudi melunaskan apa yang tertunggak apabila sudah berkemampuan.

image is not available

Apa yang lebih menyentuh hati, Abby menyatakan harapannya agar kesabaran selama 22 tahun itu bukan sahaja dibalas di dunia, malah menjadi asbab kepada ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak.

Pssttt! Kesabaran memang bukan perkara mudah, apatah lagi apabila diuji bertahun-tahun lamanya. Kisah Abby Abadi ini menjadi peringatan bahawa memilih untuk bersabar dan berlapang dada kadangkala membawa ketenangan yang tidak ternilai. Bukan soal siapa betul atau salah, tetapi bagaimana seseorang memilih untuk menutup cerita lama dengan cara yang paling damai.

Kredit: TikTok Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Selepas 22 Tahun, Norman Hakim Akhirnya Bayar Mas Kahwin ‘Tertangguh’ Abby Abadi appeared first on Oh! Media.