Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember

9 Dec 2024 • 12:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Apa yang Best Tentang Perkhidmatan Ferry Ini?

Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember. Setelah hampir tiga tahun hiatus akibat pandemik Covid-19, perkhidmatan Ferry Express Labuan-Kota Kinabalu yang dinanti-nantikan bakal kembali beroperasi pada 15 Disember ini. Perkara ini telah disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

Bukan sekadar transport biasa-biasa, perkhidmatan ferry express ini akan memulihkan hubungan antara pulau bebas cukai Labuan dengan tanah besar Sabah, sekaligus memberi nafas baru kepada sektor pelancongan.

image is not available
Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember. Sumber foto: Pulau Labuan

Menurut Dr. Zaliha, ferry ini dijangka memudahkan lagi akses dan menarik lebih ramai pelawat ke kedua-dua destinasi. Malah, ia juga membuka peluang untuk pakej pelancongan menarik yang menggabungkan pengalaman unik Sabah dan Labuan.

Kita tak pernah abaikan keperluan Labuan untuk aksesibiliti yang lebih baik. Usaha ini penting untuk masyarakat tempatan dan juga untuk menarik lebih ramai pelawat,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Subsidi Tambang Untuk Semua?

Bahkan, kerajaan bercadang untuk melanjutkan subsidi 50% tambang perjalanan yang sebelum ini hanya untuk penumpang dan kenderaan ferry roll-on roll-off, namun sekarang untuk penumpang ferry express juga. Maknanya, kos perjalanan akan jadi lebih murah dan mesra poket.

Langkah ini selari dengan strategi kerajaan untuk menyokong komuniti tempatan serta merancakkan aliran ekonomi antara Labuan dan Sabah.

Kenapa Ferry Express Pernah ‘Berehat’?

Sebelum pandemik melanda, perkhidmatan ini cukup popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Tapi, bila Covid-19 menyerang, jumlah penumpang jatuh mendadak dan ferry express ini terpaksa menghentikan operasi.

Kini, dengan kebangkitan semula ferry ini, harapannya ialah ia akan menghidupkan kembali sektor pelancongan dan ekonomi tempatan yang terjejas sebelum ini.

Jadi, Jangan Ketinggalan!

Kalau korang plan nak travel ke Labuan atau KK lepas ni, perkhidmatan ferry express ini memang wajib masuk dalam bucket list korang. Siapa tak suka perjalanan yang mudah, murah, dan penuh view cantik, kan?

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai tempat menarik di Sabah untuk para pelancong: