Selepas 4 Tahun, Temu Bual Terakhir Mendiang Sulli Bakal Ditayangkan Dalam Dokumentari ‘To Sulli’

6 Sep 2023 • 9:04 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sehingga hari ini, pasti ramai yang masih merindui mendiang Sulli..

Terbaru, filem dokumentari menampilkan mendiang Sulli “To Sulli” telah diumumkan bakal ditayangkan buat kali pertama di Festival Antarabangsa Busan ke-28, yang akan berlangsung pada 4 hingga 13 Oktober ini.

Khususnya, “To Sulli” akan memaparkan penampilan dan temu bual terakhir idola itu dan dijangka akan menjadi kandungan yang amat menyentuh hati.

image is not available

Pada mulanya, projek ini diberi tajuk “Persona: Sulli” dan merupakan musim kedua siri antologi “Persona” di Netflix. Semasa penggambaran pada Oktober 2019, tragedi melanda apabila Sulli meninggal dunia secara tidak dijangka dan akibatnya, ia tidak ditayangkan.

Sama-sama kita nantikan tayangan dokumentari “To Sulli”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.