Selepas 9 Hari Dilancarkan Single Baharu Alyph, Swipe Terus Trending, Raih 1.8 Juta Tontonan 

Music
7 Nov 2022 • 5:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Vida dan Alyph - Gambar dari Universal Music Malaysia 

Saat ini, single baharu Alyph iaitu Swipe Up sedang menjadi kegilaan ramai. Baik di TikTok mahu pun di Instagram, lagu ini kerap digunakan sebagai lagu latar. 

Bahkan, selebriti-selebriti tempatan juga turut menggunakan lagu ini di dalam hantaran yang dimuaiknaik mereka. 

image is not available
Vida dan Alyph

Walaupun lagu ini menampilkan kolaborasi Alyph dengan Datuk Vida, namun lagu ini trending bukanlah pengaruh usahawan sensasi itu. 

Tetapi, ia disebabkan oleh kehebatan melodi, lirik dan nyanyian Alyph itu sendiri. Memang ‘dope’ giler lagu itu. 

image is not available
Alyph - Gambar dari Instagram

Apa tidaknya, kali pertama dengar lagu itu, ia membuat kita rasa ketagih untuk mendengarnya berali-kali. 

Bahkan, lagu itu juga seperti ‘berhantu’. Sekali dengar, sukar untuk dikikiskan dalam ingatan terutama pada bahagian korusnya. 

Tak hairanlah mengapa lagu itu masih menjadi trending nombor satu di saluran YouTube Alyph sejak ia mula dilancarkan pada 28 Oktober lalu. 

Di ruang komen YouTube, ramai yang memberikan pujian kepada Alyph serta menyifatkan ‘beat’ lagu Swipe daripada rapper dan komposer Singapura itu sebagai hebat dan gempak. 

Ternyata karya lagu daripada Alyph memang tidak mengecewakan. Swipe Up bukti Alyph masih relevan dalam industri muzik serantau. – Getaran, 7 November 2022