Selepas Beberapa Kali Tertangguh, LRT3 Akhirnya Bakal Beroperasi Jun Ini

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, projek LRT3 bagi laluan Shah Alam dijangka akan memulakan operasinya pada bulan Jun 2026. Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, dibuat oleh pemilik aset iaitu Prasarana Malaysia Bhd, namun beliau sendiri tidak menolak kemungkinan laluan tersebut sedia beroperasi lebih awal dijangka pada April.

Memetik kenyataan Loke dalam wawancara bersama sebuah stesen radio,  kelewatan daripada sasaran asal Oktober tahun lalu adalah bagi memastikan keselamatan penumpang melalui ujian yang teliti, termasuk tahap paling kritikal Fault-Free Run (FFR), di mana setiap tren perlu bergerak sekurang-kurangnya 4,000km tanpa gangguan teknikal.

"Semasa ujian pada November dan Disember, kami menghadapi isu perisian dan sistem isyarat. Setiap kali berlaku gangguan, ujian perlu dimulakan semula dari sifar,” katanya.

Untuk makluman, projek LRT Shah Alam sepanjang 37.8km ini menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya ke Johan Setia di Klang, dan dijangka memberi perkhidmatan kepada dua juta penduduk di koridor barat Lembah Klang. Ia dimulakan pada 2016 namun berdepan beberapa kelewatan akibat penstrukturan semula pakej kerja dan pandemik COVID-19.