Selepas Berminggu Terpalit Kontroversi, Han Sohee Kongsi Dah ‘Move On’ Dari Hubungan Lalu Dengan Ryu Junyeol

3 Apr 2024 • 10:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Nampaknya, Han So-hee masih dalam proses untuk move on dari hubungannya bersama Ryu Jun-yeol.

Pada 2 April, Han So-hee telah memuat naik beberapa foto baru di laman Instagramnya, berkongsi kepada peminat perkembangan terkininya.

Dalam satu foto yang dikongsi, pelakon wanita itu nampaknya dalam usaha untuk melupakan kontroversi yang menyelubungi dirinya sebelum ini, kerana hubungan masa lalu dengan Ryu Jun-yeol.

Khususnya ia adalah gambar kek yang tertulis di atasnya,

Pada masa hadapan, awak hanya akan melihat jalan berbunga.

image is not available

‘Jalan bunga’ ialah istilah Korea yang digunakan untuk membawa maksud nasib baik dan sering disebut kepada orang tersayang, mengharapkan mereka untuk sentiasa menemui kebahagiaan dalam perjalanan mereka.

Semoga sentiasa berbahagia lepas ni Han So-hee!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.