Selepas Dakwaan Curang, Netizen Tuduh Azizah Salsha Tunai Umrah Untuk ‘Cuci Tangan’?

LocalEntertainment
27 Aug 2024 • 3:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh yang juga isteri kepada pemain bola sepak Indonesia, Pratama Arhan iaitu Azizah Salsha dilihat menunaikan ibadah umrah ketika kontroversi dakwaan dia berlaku curang sedang hangat di media sosial.

Menerusi laporan Tribun News, wanita beruisa 21 tahun itu sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki pempengaruh Instagram, Rachel Vennya iaitu Salim Nauderer sehingga membuat rumah tangganya di ambang penceraian.

image is not available

Foto: Tribun News

Namun begitu, pasangan suami isteri tersebut sudah mengeluarkan kenyataan mengesahkan hubungan rumah tangga mereka tidak mempunyai masalah sebaliknya dalam keadaan baik sahaja.

Sementara itu, Azizah atau mesra disapa Zize terus menjadi perhatian selepas terdapat sekeping gambar dikongsi rakannya @Ratu.namira di Instagram memaparkan dia mengenakan busana muslimah dan sedang membawa sebuah bagasi.

Azizah juga dikatakan telah tiba di lapangan terbang Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Arab Saudi pada 24 Ogos lalu dipercayai bagi menunaikan ibadah umrah.

image is not available

Foto: IG @azizahsalsha_

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi negatif di ruangan komen hantaran berkenaan dengan menyifatkan perbuatannya itu sebagai ‘cuci tangan’ untuk membersihkan namanya daripada kontroversi curang.

Bagaimanapun, Azizah bertindak memaklumkan keinginan untuk menunaikan umrah itu sudah direncanakannya awal, iaitu dua minggu sebelum kes rumah tangganya menjadi kecoh.

image is not available

Foto: insertlive.com

Dia juga mempunyai perancangan untuk menyaksikan perlawanan pasukan bola sepak Indonesia sekali gus memberikan sokongan kepada suaminya dalam perlawanan yang akan diadakan di Arab Saudi nanti.

Untuk makluman, Skuad Garuda dijadualkan akan berdepan pasukan dari Arab Saudi dalam perlawanan Group C Pusingan Ketiga Penentuan Piala Dunia 2026 zon Asia di Stadium King Abdullah, Jeddah pada 5 September depan.

Sumber: Tribun News