Selepas Dua Minggu Diserang Dua Virus, Akhirnya Anak Bongsu Aliff Syukri Keluar Hospital

11 Jun 2023 • 3:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dapat melepaskan rindu kepada anak bongsunya iaitu Luqman Al Haqeem selepas sudah hampir dua minggu dimasukkan ke hospital.

Menurut Aliff Syukri, dia berkata sepanjang tempoh itu dia agak sukar untuk fokus kepada perniagaannya kerana risau akan keadaan anak bongsunya itu yang sedang sakit.

Syukur Alhamdulillah setelah 12 hari Luqman di hospital, akhirnya dia sembuh.

Susah hati sebenarnya dan sukar untuk saya fokus pada bisnes bila memikirkan anak sedang sakit.

image is not available

Perkara itu dikongsi oleh Aliff menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi perkongsian video itu, Aliff dan anak-anaknya menyambut kepulangan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan Luqman dari hospital sambil mengucup dahi anaknya yang berusia dua bulan itu.

Rindu nak kumpul semula. Anak-anak pun dah rindu adik mereka. Gembira sangat kami sekeluarga.

Terima kasih kepada doktor dan semua yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda.

image is not available

Dalam pada itu, Aliff pernah memaklumkan Luqman mengalami penurunan oksigen secara mengejut kerana diserang dua virus iaitu Respiratory Syncytial Infection (RSV) dan Adenovirus.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.