Selepas Hantar Teman Lelaki Ke JPJ, Kenderaan Mewah Wanita Disita

LocalCars
21 Aug 2025 • 3:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus memperkukuh pelaksanaan Ops Kenderaan Mewah apabila berjaya mengesan lagi kesalahan serius melibatkan kenderaan mewah dalam operasi terkini.

Selepas hantar teman lelaki Ke JPJ

JPJ menerusi satu kenyataan di laman Facebook berkata, dalam kejadian terbaharu, seorang wanita yang hadir ke Kompleks JPJ Sarawak ibarat ‘menyerah diri’ apabila kenderaan mewah jenis Toyota Land Cruiser yang dipandunya turut disita.

Ia berlaku selepas pemeriksaan mendapati kenderaan wanita tersebut tidak memiliki cukai jalan sah serta tiada perlindungan insurans.

image is not available

Teman lelaki pergi JPJ tuntut semula kereta

Lebih ironi, wanita berkenaan sebenarnya hadir untuk menghantar teman lelakinya yang ingin menuntut kembali kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang telah lebih awal disita menerusi operasi sama.

Walau bagaimanapun, dia sendiri akhirnya terpaksa akur apabila kenderaannya pula ditahan atas kesalahan sama.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya menegaskan bahawa Ops Kenderaan Mewah akan terus dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan pemilik dan pemandu kenderaan mewah mematuhi sepenuhnya undang-undang jalan raya tanpa sebarang kompromi.

image is not available

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memastikan cukai jalan diperbaharui dan perlindungan insurans adalah sah sebelum menggunakan kenderaan di jalan raya.

“Kelalaian dalam aspek ini bukan sahaja mengundang tindakan undang-undang, malah boleh membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain,” jelas kenyataan itu.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sawarak