Selepas Keluar TREASURE & YG Entertainment, Bang Yedam Sertai Agensi Baru

Music
24 Aug 2023 • 9:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Akhirnya, bekas ahli TREASURE iaitu Bang Ye-dam akan kembali aktif sebagai penyanyi dalam agensi baru!

Terbaru, Bang Ye-dam mengumumkan bahawa dia telah menyertai agensi GF Entertainment dan turut berterima kasih kepada peminat yang setia memberi sokongan buatnya.

Tulis lelaki itu di laman Instagram,

Hello, ini Bang Ye-dam.
Saya akan bermula kembali di label baharu, GF Entertainment. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TREASURE MAKER (nama kelab peminat), yang telah menceriakan saya sejak zaman saya bersama TREASURE, serta YG Entertainment kerana membenarkan saya berkembang menjadi artis seperti sekarang.

Saya akan menjalankan pelbagai promosi dari sini, jadi sila lihatsaya.
Terima kasih.

Sementara itu, GF Entertainment juga merupakan agensi kepada kumpulan KINGDOM.

Semoga terus maju jaya Bang Ye-dam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article