Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II, Anak-Anak Putera Harry dan Meghan Markle Kini Boleh Guna Gelaran Diraja 

Entertainment
10 Sep 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Harry dan Meghan Markle pernah menolak menggunakan gelaran His dan Her Highness sewaktu mereka mengundurkan diri daripada melakukan kerja-kerja diraja pada 2020. - Gambar oleh HSH Alexi Lubomirski

Bukan hanya Puteri William dan Kate Middleton sahaja yang mampu menggunakan gelaran baru diraja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Putera Harry dan Meghan Markle juga turut mengikut jejak langkah yang sama 

Walaupun sebelum ini, Putera Harry dan Meghan Markle telah menolak untuk menggunakan  gelaran His dan Her Highness sewaktu mereka mengundurkan diri daripada melakukan kerja-kerja diraja pada 2020, namun anak-anak mereka, Archie Harrison, 3 dan Lilibet Diana, 15, kini layak bergelar Putera dan Puteri. 

Hal ini disebabkan, datuk mereka iaitu King Charless kini adalah pewaris takhta kepada Queen Elizabeth II dan bakal menggantikan tempat ibundanya. 

image is not available
William dan Kate bersama anak-anak mereka, George, 9, Charlotte, 7, dan Louis, 4. - Gambar dari MailOnline

Garis panduan ini telah ditetapkan datuk moyang mereka, Harry, Raja George V pada tahun 1917 yang membenarkan gelaran diraja diberikan kepada anak-anak lelaki yang menjadi pemerintah  (aka cucu mereka berasal dari lelaki).

Sewaktu ratu masih berkuasa, anak-anak Harry adalah cucu-cucunya dan sekarang ini, Raja Charles telah mengambil takhta dan anak-anak Harry secara rasmi adalah cucu kepada raja dan oleh itu, mereka layak menggunakan gelaran keluarga diraja tersebut. 

Peraturan 1917  sebelum ini bagaimanapun merizabkan gelaran diraja dikenalkan kepada anak-anak pemerintah dan anak sulung kepada  putera sulung raja (yang bermaksud anak lelaki Putera William, Putera George) . Getaran, 10 September 2022