Selepas Menempa Nama, Ahli MKT UMNO Persoal Cadangan Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera

8 May 2024 • 5:00 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Setelah berjaya menempa nama, Dira Abu Zahar persoal cadangan buka UiTM untuk bukan bumiputera

Selepas Menempa Nama, Ahli MKT UMNO Persoal Cadangan Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera. Malaysia mempunyai 20 Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai kriteria istimewa di mana kemasukan adalah terbuka hanya untuk golongan bumiputera. Baru-baru ini, timbul cadangan agar golongan bukan bumiputera turut diberi peluang untuk mengikuti pengajian di UiTM.

image is not available
Selepas Menempa Nama, Ahli MKT UMNO Persoal Cadangan Buka UiTM Kepada Bukan Bumiputera

Mohon jangan ganggu status dan kedudukan UiTM

Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan alumni UiTM memohon agar kedudukan dan status UiTM tidak digugat.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, beliau berpendapat cadangan itu akan menggugat kestabilan dan kedudukan yang telah dibina oleh UiTM serta mengubah silibus dan budaya akademik.

Persoal wujud permintaan setelah UiTM mula dikenali

Beliau mempersoalkan mengapa wujud permintaan sedemikian setelah UiTM mula dikenali, sedangkan sebelum ini ia dianggap sebagai universiti kelas kedua.

Khaidhirah menegaskan tujuan penubuhan UiTM adalah untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera menyambung pengajian di peringkat tertinggi bagi mengangkat martabat mereka.

UiTM beri peluang kepada golongan bumiputera

Walaupun begitu, Malaysia melaksanakan dasar meritokrasi sejak 2002 yang membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian ke IPTA lain.

@diraabuzahar

Dalam sibuk beraya, saya nak mencelah ttg ckp2 ttg UiTM. Mohon hadam dan faham sebaik2nya dari sudut apa yg cuba saya sampaikan. UITM hanya untuk Melayu & BUMIPUTERA Malaysia. Fullstop! . #uitmdihatiku #melaka #pendidikanmelayu #uitmselamanya

♬ original sound – YB DIRA ABU ZAHAR – YB DIRA ABU ZAHAR

Sebelum ini, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM tercetus apabila Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM mendedahkan UiTM bersetuju membuka program tersebut secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.

Namun, Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tiada permohonan rasmi atau perbincangan dibuat dengan UiTM mengenai perkara itu.