Selepas Perjanjian Damai Iran, Trump Mahu Alih Perhatian Pada Korea Utara

WorldPolitics
19 Jun 2026 • 10:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Selepas Perjanjian Damai Iran, Trump Mahu Alih Perhatian Pada Korea Utara

Selepas Perjanjian Damai Iran, Trump Mahu Alih Perhatian Pada Korea Utara

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dijangka mengalihkan perhatian kepada isu Korea Utara selepas mencapai persetujuan dengan Iran, kata Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, lapor AFP.

Lee berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Trump ketika pertemuan kedua-dua pemimpin di Perancis sempena Sidang Kemuncak G7 di Evian minggu ini.

“Presiden Trump menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk memberi perhatian kepada isu Korea Utara,” katanya kepada media di Seoul.

Menurut Lee, beliau turut menyuarakan pandangan bahawa sekatan terhadap Korea Utara berhubung program nuklear negara itu semakin tidak berkesan.

“Saya menyatakan kepada beliau bahawa sekatan dan tekanan tidak lagi efektif,” katanya.

Beliau berkata, keberkesanan sekatan tersebut semakin terhakis susulan kerjasama ketenteraan antara Korea Utara dan Rusia yang meningkat sejak perang di Ukraine.

“Walaupun bantuan dalam jumlah kecil daripada Rusia, ia memberi manfaat besar kepada Korea Utara,” ujarnya.

Baca juga:

Sementara itu, Trump turut memuat naik gambar tanpa kapsyen di media sosial beberapa jam selepas mengumumkan perjanjian dengan Iran, yang memaparkan beliau bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, ketika pertemuan di Singapura pada 2018.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi bahawa Washington mungkin akan mengalihkan fokus dasar luar seterusnya kepada Pyongyang.

Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikal masih berada dalam keadaan perang sejak Perang Korea 1950-1953 berakhir dengan gencatan senjata tanpa perjanjian damai rasmi, dengan kedua-dua negara dipisahkan oleh Zon Bebas Tentera (DMZ).

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved