Selepas Sehari Digantung, JPJ Kembalikan Semula Urusan Tukar Milik Kenderaan Secara Atas Talian

LocalCars
25 May 2026 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menggantung serta‑merta semua urusan tukar milik kenderaan secara atas talian eSerahan Tukar Milik (eSTM) bermula hari ini 25 Mei 2026 melibatkan semua saluran digital termasuk portal awam, kiosk, MyEG dan eAuto. Pengecualian hanya diberikan kepada Sistem Tukar Milik Sementara (STMS) yang masih lagi beroperasi di bawah eAuto.

Image from: Selepas Sehari Digantung, JPJ Kembalikan Semula Urusan Tukar Milik Kenderaan Secara Atas Talian

Tetapi hari ini Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke mengatakan sistem eSTM akan kembali beroperasi hari ini selepas berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli. JPJ telah memaklumkan kepada MOT berkenaan penyalahgunaan dan penipuan yang berlaku dalam sistem pertukaran hak milik yang menyebabkan liabiliti yang perlu ditanggung oleh JPJ. Justeru mereka perlu membuat penambahbaikan sistem dalam talian pada kadar yang segera.

JPJ bersetuju untuk mengembalikan perkhidmatan atas talian untuk urusan tersebut serta merta dan sebarang penangguhan sistem untuk kerja-kerja penambahbaikan hanya akan dilaksanakan semasa cuti panjang pada hujung minggu ini. Ini adalah bagi memastikan kerja-kerja penambahbaikan sistem tidak mengganggu urusan harian pengguna-pengguna biasa dan tidak menyebabkan kesesakan besar di pejabat-pejabat JPJ.

Dalam pengumuman yang dilakukan semalam, tindakan mengejut menggantung perkhidmatan eSTEM setelah JPJ menerima aduan rasmi dan di media sosial mengenai kes pemilikan kenderaan ditukar tanpa kebenaran pemilik. JPJ menanggap isu ini serius kerana melibatkan keselamatan dan rekod penyelenggaraan kenderaan..