Selepas Tanah Jerlus Masjid India, Jalan Di Ipoh Pula Merekah

LocalEnvironment
25 Aug 2024 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas kejadian tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur, satu lagi kes membabitkan sebatang jalan raya di Jalan Kamaruddin Isa, dekat Fair Park, Ipoh merekah!

Perkara itu disahkan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

image is not available

Menurutnya, kejadian itu berlaku berdekatan kawasan kerja naik taraf kelubung oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) disebabkan berlaku hakisan tebing berhampiran struktur kelubung paip yang baru sahaja disiapkan pada awal Ogos.

"Hakisan tebing terbabit berlaku disebabkan korekan yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor bagimelaksanakan kerja-kerja pembinaan struktur inlet (salur masuk) di mulut masuk kelubung itu.

"Kerja-kerja pengukuhan tebing sudah mula dilaksanakan pada petang Sabtu (semalam) dengan kaedah pemasangan beg pasir,”katanya.

Bagaimanapun, kerja-kerja naik taraf kelubung ini dijangka akan dapat disiap sepenuhnya pada pertengahan September depan.