Selepas Ungu, Konsert Slank Dan Radja Juga Ditunda Kerana PRU-15 

13 Nov 2022 • 8:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selain Ungu, dua lagi konsert kumpulan muzik Indonesia iaitu Radja dan Slank juga terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan pada 19 November. 

image is not available
Konsert Radja akan ditunda ke satu tarikh baru tahun hadapan. - Gambar fail

Konsert Repvlik Radja anjuran Angkasa Mukmik Sdn Bhd sepatutnya dijadualkan berlangsung di World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam ini. 

Wakil penganjur dalam kenyataan media memaklumkan, konsert Repvlik Radja itu akan ditunda ke satu tarikh baharu pada tahun hadapan yang akan diumumkan dalam waktu yang terdekat. 

“Kami memohon maaf di atas perkara yang diluar jangkaan ini dan berharap kita akan bersama Repvlik dan Radja tidak lama lagi. 

“Untuk memohon pengembalian wang tiket (refund), sila hubungi pihak Ilassotickets melalui talian 03-21706333 atau emel: admin@ilassotickets.com,” katanya. 

image is not available

Manakala, konsert 4 Dekad @slankdotcom Slank anjuran TBRW Global Sdn Bhd  di Zepp Kuala Lumpur pula telah bertembung dengan tarikh PRU-15. 

Wakil penganjur TBRW Global Sdn Bhd berkata, selepas berbincang dengan pihak atasan susulan tarikh konsert yang bertindih dengan PRU-15, pihaknya memutuskan untuk menunda konsert Slank ke tarikh yang baharu iaitu 25 Disember ini. 

“Keputusan ini telah diambil untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku, juga memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengunjung konsert.

“Kami mewakili semua pihak yang terlibat dalam menjayakan konsert ini memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” kata wakil penganjur tersebut menerusi pesanan mesej Whatsapp. – Getaran, 13 November 2022