Selepas Venezuela, Trump Kini ‘Usik’ Cuba

WorldPolitics
11 Jan 2026 • 9:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selepas Venezuela, Trump Kini ‘Usik’ Cuba

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Ahad mengeluarkan amaran keras kepada kerajaan Cuba supaya segera berunding atau membuat perjanjian dengan Washington.

Lapor AFP, amaran itu termasuk kemungkinan penamatan bekalan minyak dan bantuan kewangan dari Venezuela kepada Cuba sekiranya tiada persetujuan dicapai.

“Tiada lagi minyak atau wang akan disalurkan kepada Cuba — sifar. Saya amat menggesa mereka supaya membuat perjanjian, sebelum semuanya terlambat,” kata Trump menerusi saluran media sosialnya, Truth Social.

Kenapa ini berlaku?

Kenyataan Trump datang selepas operasi ketenteraan AS baru-baru ini di Venezuela, termasuk penahanan Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, yang telah mengubah landskap hubungan politik dan ekonomi di rantau itu.

Pada hari yang sama, Trump turut berkongsi semula satu hantaran yang mencadangkan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berpotensi menjadi presiden Cuba yang kini berada di bawah pemerintahan kerajaan komunis.

Menurut AFP, Trump menyertakan komen ringkas menyatakan persetujuannya terhadap cadangan tersebut.

Dalam kenyataan susulan, Trump mendakwa Cuba selama bertahun-tahun bergantung kepada bekalan minyak dan sokongan kewangan Venezuela.

Sebagai balasan, menurutnya, Cuba menyediakan perkhidmatan keselamatan kepada dua pemimpin Venezuela sebelum ini, namun kerjasama itu kini telah berakhir.

Trump turut mendakwa sebahagian besar anggota keselamatan Cuba terkorban dalam serangan AS baru-baru ini, sambil menegaskan bahawa Venezuela tidak lagi memerlukan perlindungan daripada kumpulan yang disifatkannya sebagai penindas dan pemeras ugut.

Untuk rekod, di bawah sekatan perdagangan AS, Cuba sejak tahun 2000 semakin bergantung kepada bekalan minyak dari Venezuela hasil perjanjian yang dimeterai semasa pemerintahan bekas presiden Venezuela, Hugo Chavez.

BACA: Ketahui Apa Yang Terjadi Di Venezuela 

Sumber: AFP

The post Selepas Venezuela, Trump Kini ‘Usik’ Cuba appeared first on Siakap Keli.