Selesa Dan Bersih, Pengurusan Surau AEON Di Kuching Ini Raih Pujian Netizen

12 Jul 2024 • 11:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen Sokong: Surau AEON Kuching Contoh Terbaik Kebersihan dan Keselesaan

Selesa Dan Bersih, Pengurusan Surau AEON Di Kuching Ini Raih Pujian Netizen. AEON Mall di Kuching telah menerima pujian meluas di media sosial berikutan pengurusan yang baik terhadap suraunya.

Seorang pengguna Facebook bernama Masitah Morni telah memuat naik gambar serta ulasan mengenai pengalaman beliau di surau AEON tersebut, yang mana mendapat sambutan positif dari kalangan netizen.

image is not available

Surau AEON Kuching Jadi Pilihan: Keselesaan Menunaikan Solat Dipuji Ramai

Dalam hantaran tersebut, Masitah menyatakan bahawa dari banyak-banyak pusat membeli-belah yang beliau pernah kunjungi, AEON adalah yang terbaik dari segi penjagaan surau. Beliau memuji kebersihan dan keselesaan ruang solat yang luas, serta telekung yang disediakan yang sentiasa bersih dan wangi.

Masitah turut menyarankan bahawa setiap pusat membeli-belah patut mencontohi AEON dalam menyediakan ruang solat yang selesa dan bersih. Beliau juga berkongsi bahawa setiap kali pulang dari klinik psikiatrik, beliau pasti akan singgah sebentar untuk menunaikan solat fardhu Asar di surau tersebut kerana keselesaan yang disediakan.

Kenyataan ini mendapat sokongan padu daripada ramai pengguna Facebook yang turut bersetuju dengan pandangan beliau. Mereka berpendapat bahawa surau di AEON Kuching adalah salah satu yang terbaik dan mengharapkan agar pusat membeli-belah lain dapat meningkatkan standard kebersihan dan keselesaan surau mereka.

Apa juga yang menarik di AEON Kuching ni ya? Haa baca di bawah: