'Selesai dulu masalah rakyat sebelum pilihan raya'

Politics
31 Jul 2022 • 12:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PORT DICKSON - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyelesaikan terlebih dahulu beberapa isu termasuk kos sara hidup dihadapi rakyat sekiranya hendak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Anwar berkata, seperti dinyatakan sebelum ini bahawa tidak ada pilihan raya sebelum 31 Julai, malah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan PH batal jika ada pilihan raya.

"Cuma sekarang kita nak desak beberapa isu yang belum selesai. Anti Lompat Parti sudah beres dan yang belum (selesai) soal tadbir urus serta penyelewengan," katanya kepada pemberita selepas selesai merasmikan Dataran Segar Huat Huat Food Court di Lukut, pada Ahad.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan PH akan terus berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan serta terpulang kepada pihak yang menandatangani perjanjian itu, sekiranya ingin menyemak semula perkara berkenaan.

Tegas Anwar, keutamaan sekarang ini adalah ekonomi rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk mengendalikannya dengan baik supaya dapat meringankan beban rakyat.

Berhubung perkara itu Anwar berkata, selepas Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat parti diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, PH akan terus mendesak supaya kerajaan turut memberikan keutamaan dalam beberapa isu lain sebelum Parlimen dibubarkan termasuk berkaitan transformasi pentadbiran.

MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik tersebut mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved