Selesai Jalani Pembedahan Kedua, Keadaan Faisal Halim Semakin Stabil

8 May 2024 • 11:44 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kedua petang semalam susulan disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali.

Menerusi laporan seorang wartawan Astro Arena di X, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, Faisal selesai menjalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam dan keadaannya semakin stabil.

image is not available

“Moga semuanya baik-baik saja buat kamu FH7,” katanya.

Sebelum ini, Faisal dilaporkan sedang menerima rawatan susulan di sebuah hospital yang terletak di Shah Alam selepas mengalami tragedi disimbah asid ketika berada di pusat beli belah berhampiran Kota Damansara pada Ahad lalu.

Dia juga dilaporkan mengalami kelecuran tahap empat yang perlu menjalani beberapa siri pembedahan sebagai rawatan susulan akibat kesan simbahan asid sulfurik pekat ke atas beberapa anggota badan termasuk mukanya terjejas.

Sementara itu, kelab Selangor FC menerusi beberapa hantaran di X melancarkan kempen solidariti ‘Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!’ sebagai tanda sokongan kepada beliau dan mengecam tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara tidak sepatutnya.

“Tiada ruang untuk keganasan dalam sukan yang kita cintai ini. Bola sepak adalah sukan yang menyatukan dan bukan untuk memecahbelahkan kita. Pemain-pemain bola sepak berusaha dan bekerja keras untuk kita. Seperti mana-mana atlet lain, Faisal Halim, tiada bezanya.

“Beliau telah memberikan segalanya untuk kita meraikan kegembiraan bersama. Bukan sahaja untuk kelab, malah di peringkat kebangsaan. Paling diingati, baru-baru ini, gol ikoniknya menentang Korea Selatan dalam Piala Asia AFC 2023, membawa sorakan paling gemuruh di tanah air,” katanya.

Kelab itu juga menyeru agar masyarakat pula memberi sokongan padu kepada wira negara dan berdiri teguh di belakang insan yang mempunyai impian besar dalam bola sepak kerana ia melibatkan perihal kemanusiaan.

“Sebagai tanda solidariti bersama Faisal Halim, kami di Selangor FC ingin menyeru orang ramai untuk membanteras keganasan dalam apa jua bentuk. Tiada tempat untuk keganasan,” ujarnya.

Rata-rata netizen menyambut baik kempen tersebut selain memberikan maklum balas di ruangan komen hantaran itu dengan harapan agar Faisal kembali pulih segera seperti sedia kala.

Semoga pelaku kena balasan setimpal..

image is not available

Cepat sembuh!

image is not available

Turut berduka atas penyerangan terhadap Faisal..

image is not available

Untuk makluman, sebelum kejadian simbah asid ke arah Faisal Halim yang berlaku pada Ahad, terdapat satu lagi kejadian yang melibatkan seorang pemain bole sepak, iaitu Akhyar Rashid yang mana beliau telah disamun dan dipukul pada malam Khamis.

Sumber: X @FadhirulS

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved