Selesai Jalani Tempoh Idah, Emma Maembong Akui Sudah Bercerai

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 8:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terkini! Pelakon jelita, Emma Maembong mengakui bahawa dirinya sudah pun bercerai secara baik dengan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar.

Menurutnya juga, dia sudah pun selesai menjalani tempoh idah dan enggan merahsiakan lagi berita tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Katanya lagi, tujuan dia masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram kerana memikirkan tentang anak-anak mereka supaya tidak terkesan dengan perpisahan itu.

Dalam pada masa yang sama, Emma memberitahu biarpun sudah bercerai, hubungan dengan Shazli masih kekal baik demi membesarkan anak-anak mereka.

Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Sekadar info, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah, 1.

image is not available 1 day ago

7 Tahun Bersama Sebagai Suami Isteri, Fattah Amin & Nur Fazura Bercerai Talak Satu