Selesai Mengundi, Kuku Jari Tabby Dolla Jadi Perhatian Netizen

19 Nov 2022 • 7:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Namun dalam banyak-banyak gambar jari, gambar jari salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby menjadi perhatian netizen - Gambar Instagram Tabby

Hari ni, masing-masing dilihat rancak memuat naik foto jari yang bertanda dakwat biru di media sosial sempena PRU-15.

Namun dalam banyak-banyak gambar jari, gambar jari salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby menjadi perhatian netizen.

Semuanya gara-gara Tabby sanggup mengorbankan kuku jarinya yang panjang untuk mencelup dakwat kekal sewaktu mengundi. 

image is not available

Ada netizen yang mempersoalkan bagaimana Tabby mengundi dengan keadaan kukunya yang panjang sebegitu.

Kata Tabby, dia terpaksa mencelup jarinya sebanyak tiga kali di dalam botol dakwat kekal kerana menghadapi kesukaran untuk memastikan keseluruhan kukunya disaluti dakwat.

image is not available

Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam, 22, dilihat telah pergi mengundi bersama ibu dan bapanya. Tahniah diucapkan kepada Tabby kerana telah menjalankan tanggungjawab kepada negara. - Getaran, 19 November 2022