“Selesai Tugasku Iringimu Di Dunia” -Luah Individu Berkhidmat 21 Tahun Dengan Pak Lah

LocalPolitics
17 Apr 2025 • 2:32 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Berkhidmat 21 Tahun

Seorang individu yang sudah berkhidmat 21 tahun dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah telah berkongsi rasa apabila menyelesaikan tugasnya selama ini.

Berkhidmat 21 tahun dengan Pak Lah

Menerusi hantaran yang dikongsi menerusi TikTok darulaizal, individu yang dikenali sebagai Tuan Zarul menyatakan bahawa tugasnya sudah selesai selepas allahyarham meninggal dunia pada hari Isnin 15 April 2025 tempoh hari.

image is not available

Sudah anggap seperti bapa memandangkan telah berkhidmat 21 tahun

Dia juga memberitahu sudah menganggap Tun Abdullah sebagai bapanya sendiri susulan sudah berpuluh tahun berkhidmat allahyarham sehingga hari dimana beliau menghembuskan nafas terakhir.

 

image is not available

Terima kasih tuan atas perkhidmatan itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan ucapan terima kasih kepada Tuan Zarul di atas perkhidmatannya dengan allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selama lebih 20 tahun itu.

Ada juga diantara mereka yang menzahirkan rasa dukacita diatas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu dan mengakui bahawa jasa dan baktinya selama ini cukup besar buat rakyat Malaysia.

image is not available

Masih terasa dengan pemergian beliau

image is not available

Insan yang terpilih

image is not available

 

Terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia jam 7.10 PM di Institut Jantung Negara (IJN) pada Isnin lalu.

Allahyarham yang berusia 85 tahun ketika pemergiannya telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara sebagai tanpa penghormatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Sumber; TikTok darulaizal

View Original Article