Selesai Tunaikan Haji, Zul Ariffin Bertegas Enggan Berlakon Seksi Atau Peluk-Peluk Lagi

Entertainment
19 Aug 2023 • 7:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui perkongsiaan penerbit dari syarikat produksi Zeel Production, Fadzil Teh di laman Facebook, dia telah menawarkan satu watak buat Zul Ariffin untuk drama bersiri terbaru tetapi ada hal yang menarik perhatiannya.

Sedia maklum, sebelum ini Zul pernah terpalit dengan kontroversi berlakon babak berahi untuk promosikan satu drama bersiri tetapi kini dia enggan lagi melakonkan babak-babak seperti itu lagi.

Biarpun ditawarkan oleh Fadzil untuk berlakon dan tiada babak rogol, pelakon lelaki itu tetap menolaknya dengan berkata dia tidak mahu terlibat dengan cerita seperti itu.

 

Susulan Zul menolak tawaran itu, penerbit itu berasa malu dengan diri sendiri dan meminta produksi TV untuk buang plot-plot seksi dari plot drama terbabit.

Menurut Fadzdil, dia pernah berkata pada diri sendiri untuk tidak melakukan drama-drama seperti itu tetapi sebagai manusia biasa, dia akui diri lemah dengan dunia glamour.

Dalam pada itu, turut sempat berterima kasih kepada pelakon itu kerana mengingatkan dia dengan menolak tawarannya.

image is not available 1 year ago

"Dah Macam Bukan Islam!" - Tayang Aksi Panas, Zul Ariffin Teruk Dikecam

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved