Selesaikan isu asas Sabah untuk yakinkan pelabur, kata Junz

LocalBusiness & Finance
16 Jul 2026 • 3:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Selesaikan isu asas Sabah untuk yakinkan pelabur, kata Junz

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Aru Datuk Junz Wong mengingatkan bahawa janji pelaburan bernilai tinggi akan terus kekal sekadar komitmen di atas kertas melainkan Kerajaan Negeri segera menyelesaikan isu-isu asas seperti infrastruktur yang boleh dipercayai, perkhidmatan awam yang cekap, tadbir urus bersih serta dasar yang konsisten bagi menukar minat pelabur global kepada pelaburan sebenar.

Dalam satu kenyataan, Junz mengakui Sabah memiliki kelebihan yang sukar ditandingi termasuk sumber semula jadi yang masih belum diterokai sepenuhnya, kedudukan strategik di rantau ini serta potensi ekonomi yang besar.

Namun, beliau menegaskan segala kelebihan itu tidak membawa makna tanpa asas kukuh yang menjadi keutamaan pelabur serius.

“Pelabur tidak melaburkan berbilion ringgit berdasarkan slogan atau ucapan semata-mata. Mereka melabur berdasarkan kepastian, keupayaan melaksanakan apa yang dijanjikan dan rekod prestasi yang terbukti,” katanya merujuk kepada usaha kerajaan negeri menarik pelabur impak bertaraf global.

“Mereka adalah antara penyedia modal paling teliti di dunia yang menilai setiap janji berdasarkan realiti sebenar di lapangan.”Junz berkat, promosi terbaik untuk Sabah ialah kemajuan yang dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh rakyatnya.

“Tiada iklan yang lebih baik untuk negeri ini apabila isi rumah tempatan menikmati bekalan air dan elektrik sepanjang masa apabila kedai serta kilang dapat beroperasi tanpa gangguan yang menjejaskan perniagaan dan apabila peraturan dilaksanakan secara adil serta konsisten.

“Jika kita sendiri gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah, bagaimana kita boleh mengharapkan rakan antarabangsa mempercayai kita dengan pelaburan mereka?“Kami mengalu-alukan setiap pelabur yang benar-benar serius untuk membawa peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi ke negeri ini. Namun, kita juga perlu bertanya secara jujur kepada diri sendiri: adakah kita benar-benar bersedia menyediakan persekitaran operasi yang stabil bagi memastikan mereka berjaya?“Selagi kita tidak menyelesaikan isu-isu asas di negeri ini, kita tidak akan mampu memasarkan Sabah kepada dunia dengan penuh keyakinan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved