Selesema Burung: Peru Keluar Amaran Kesihatan, Hampir 14,000 Kematian Burung Direkod

1 Dec 2022 • 4:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selesema Burung: Peru Keluar Amaran Kesihatan, Hampir 14,000 Kematian Burung Direkod

Peru buat pertama kali mengeluarkan amaran kesihatan selepas mengesahkan tiga kes selesema burung (H5N1) terhadap pelikan (spesies burung) yang menyaksikan ribuan haiwan itu ditemui mati di kawasan pantai.

Memetik The Guardian, Perkhidmatan Perhutanan dan Hidupan Liar Negara (SERFOR) memaklumkan sebanyak 13,800 burung dilaporkan mati akibat terkena wabak berkenaan.

Difahamkan, virus tersebut mula dikesan di Kanada sebelum merebak hingga ke Amerika Syarikat (AS) hingga mencatatkan 50 juta rekod kematian burung, maklum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

“Laporan rasmi terkini dijalankan pada peringkat kebangsaan dan mendedahkan lebih 13,869 burung laut liar mati akibat virus selesema burung H5N1,” kata SERFOR dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jumlah itu termasuk 10,257 ekor burung pelikan, 2,919 ekor sea boobies dan 614 boobies berkaki biru.

Sementara itu, Agensi Kesihatan Pertanian Kebangsaan SENASA berkata wabak tersebut menyebabkan penduduk bandar Gallito di wilayah Lambayeque pantai utara terpaksa menjalani kuarantin bagi mengawal selesema burung itu.

Tambah SENASA, amaran kesihatan itu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan virus tersebut boleh merebak kepada haiwan ternakan seperti itik dan ayam.

Dalam pada itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) pada awal tahun ini memberi amaran kepada negara-negara di Amerika Selatan dan Tengah supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus itu.

Sehingga kini, masih tiada ubat atau rawatan terhadap wabak itu yang merebak dalam kalangan burung liar dan haiwan ternakan. Bagaimanapun, virus ini kebiasaannya tidak menjangkiti manusia dan hanya melibatkan kes-kes tertentu sahaja.

Sumber: AFP via The Guardian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved