Selesema Tomato, Bagaimana Ia Merebak Di India? Ini Simptom & Rawatannya

Health & Fitness
24 Aug 2022 • 12:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selesema Tomato atau Demam Tomato merupakan satu penyakit yang jarang-jarang didengari telah menjadi tular di India, yang mana telah mengakibatkan ruam-ruam merah pada badan.

Gejala dan rawatan bagi penyakit ini adalah mirip dengan chikungunya ataupun denggi dan kanak-kanak lebih terdedah kepadanya berbanding manusia.

Selesema Tomato ataupun dikenali sebagai Demam Tomato telah dilaporkan di India sejak Mei. Kes-kes yang dilaporkan di Kerala dan Odisha telah mendorong kerajaan India untuk mengawal sempadan dan melaksanakan pengawasan dengan lebih ketat.

Menurut laporan, lebih daripada 80 kes Selesema Tomato yang telah dikenal pasti di India. Perkara ini mencetuskan kerisauan bagi pihak pentadbiran daerah dan kesihatan kerana ia menjangkiti kanak-kanak dalam lingkungan usia satu tahun sehingga sembilan tahun.

Kini, kami akan memberitahu anda beberapa perkara penting mengenai penyakit ini supaya anda dan keluarga anda, terutamanya ahli yang lebih muda, kekal selamat.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Apa itu Selesema Tomato?

Selesema Tomato merupakan satu penyakit yang jarang didengari dan menjadi tular dalam kalangan masyarakat global baru-baru ini. Penghidap penyakit ini akan mengalami ruam-ruam merah, kegatalan pada kulit dan kekurangan kandungan air dalam badan.

Menariknya, penyakit ini tidak ada kena mengena dengan buah tomato secara langsung tetapi nama penyakit tersebut diambil bersempena warna lepuh (blisters) yang seakan-akan warna buah tersebut.

image is not available
Kredit: The Mirror UK

Penyakit ini merupakan sebahagian daripada penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sampai sekarang, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah dalam kalangan kanak-kanak berusia satu sehingga sembilan tahun.

Penyakit ini jarang menjangkiti golongan dewasa kerana biasanya mereka mempunyai sistem imunisasi yang cukup kuat untuk melindungi mereka daripada dijangkiti virus tersebut.

Gejala – Gejala Selesema Tomato

Penyakit ini memiliki beberapa gejala seperti demam, sakit tekak, terdapat ruam pada tangan, kaki dan punggung. Penghidap penyakit ini juga akan mengalami rasa sakit pada badan mereka, tidak sedap badan, keletihan dan kegatalan pada kulit. Selain itu, penyakit ini juga boleh mengurangkan kandungan air dalam badan (dehidrasi) dan sakit perut.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Hello Sehat

Adakah Selesema Tomato Merupakan Sebahagian Daripada COVID-19?

Walaupun beberapa simptomnya kelihatan mirip dengan COVID-19, penyakit ini tidak memiliki hubungkait dengan COVID-19. Simptom-simptom ini juga biasanya kelihatan pada jangkitan virus yang lain.

Rawatan untuk Selesema Tomato

Tiada ubat khusus untuk merawat jangkitan virus ini dalam masa terdekat. Jika seseorang dijangkiti penyakit ini, mereka perlu diasingkan kerana penyakit ini sangat mudah merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain. Sesiapa yang dijangkiti penyakit ini perlu mengasingkan diri selama lima sehingga tujuh hari.

Rawatan untuk penyakit ini adalah mirip dengan chikungunya ataupun denggi, memandangkan penyakit-penyakit ini memiliki simptom yang hampir sama. Pesakit perlu minum air yang banyak dan menekapkan span basah yang suam ke atas permukaan kulit untuk meredakan ruam.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Langkah untuk Mencegah Selesema Tomato

Pensanitasian dan persekitaran yang bersih adalah satu kemestian untuk menghalang jangkitan Selesema Tomato. Kanak-kanak yang dijangkiti perlu diasingkan dan menghalang mereka daripada berkongsi makanan, mainan, pakaian dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kanak-kanak yang lain. Ibu bapa dan penjaga juga perlu menegah kanak-kanak yang dijangkiti ini daripada menyentuh ataupun menggaru lepuh pada kulit mereka.

Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan mengenai permakluman amaran wabak ini di India. Artikel ini juga melaporkan bahawa kemunculan penyakit ini mencetuskan amaran di negeri jiran iaitu di Tamil Nadu dan Karnataka.

image is not available
Keratan laporan terdahulu

Sumber: India TV