Seleweng Dana Dan Langgar Taklik? Isteri Along Cham ‘Berdiam’ Kerana Hormat Suami

LocalEntertainment
28 Jan 2025 • 8:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelawak Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad mengejutkan ramai apabila tampil di mahkamah untuk menfailkan pengesahan cerai taklik terhadap isterinya.

Along mendakwa isterinya, Afreena Suhaimi melanggar tiga perjanjian taklik pada tahun lalu serta menyeleweng dana yang sepatutnya digunakan untuk anak lelaki mereka, Ahmad Daniel.

Afreena hormat suami, enggan cakap buruk

image is not available

Afreena bagaimanapun memilih untuk tidak membalas tuduhan yang dibuat suaminya itu. Lapor Kosmo! Online, Afreena menegaskan bahawa dia tetap menghormati Along sebagai suami dan enggan berkata buruk mengenai dirinya.

Dia seorang lelaki yang baik dan saya bersyukur masih bergelar isterinya.

Jelas Afreena lagi, buat masa ini mereka masih bergelar suami isteri dan berdosa jika dia bercakap buruk mengenai Along.

Kalau anda perasan, saya tak pernah cakap buruk fasal dia.

Anggap rumahtangga ada pasang surutnya

image is not available
Foto: Harian Metro

Menurutnya lagi, setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya dan perbalahan kecil adalah perkara biasa dalam hubungan rumah tangga.

#OhmediaNasihat

Dakwaan yang dibuat Along terhadap isterinya diakui mengejutkan ramai kerana isterinya dilihat menyokongnya dari hari pertama ditangkap polis.

Namun, sebagai netizen kita hanya mampu melihat daripada luaran dan mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini. Semoga semuanya dipermudahkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo! Online


The post

appeared first on

.