Seleweng zakat MAINS: Kertas siasatan dihantar TPR selewat-lewatnya minggu depan

20 Feb 2023 • 5:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Kertas siasatan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Zakat Sdn Bhd akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewat-lewatnya minggu depan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata ketika ini pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.

“Siasatan masih dijalankan dan jumlah individu yang dipanggil untuk beri keterangan pula tidak dapat didedahkan lagi setakat ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menganggu proses siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, polis membuka siasatan kes itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Pada 13 Feb lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengesahkan kes berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan agensi berkenaan dikaji semula untuk melihat keterangan yang ada.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat melibatkan pegawai jabatan berkenaan. -Bernama