‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok

20 Mar 2023 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ni baru selfish!

‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok. Pemilik kenderaan di Jalan Satok, Kuching telah menimbulkan kemarahan ramai netizen kerana menghalang laluan pejalan kaki dengan parkir secara sembarangan. Perlakuan ‘egois’ ini telah mengganggu keamanan dan keselamatan para pejalan kaki di kawasan tersebut.

Menurut satu perkongsian di Facebook, terdapat beberapa kenderaan dilihat sengaja ditinggalkan di kawasan yang sepatutnya dikhaskan untuk pejalan kaki. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan para pejalan kaki, malah boleh membahayakan nyawa mereka terutamanya ketika mereka terpaksa berjalan di tengah jalan raya.

image is not available
‘Selfish’ Halang Laluan Pejalan Kaki, Netizen Bengang Dengan Pemilik Bengkel Di Jalan Satok. Kredit: Facebook

Menerusi perkongsian itu, kejadian itu dikatakan berlaku di Jalan Satok. Difahamkan, beberapa buah kereta selamba memarkir kenderaan mereka itu di atas laluan yang dikhaskan untuk pejalan kaki.

Ini pula reaksi netizen

Setelah meninjau ke ruangan komen, dilihat rata-rata netizen berang dengan keberadaan deretan kereta di sepanjang laluan pejalan kaki itu.

Tambah netizen, kenderaan itu sebenarnya ‘milik’ bengkel-bengkel yang berdekatan sekitar itu. Paling menyedihkan, situasi ini sudah berlaku sejak sekian lama.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi situasi sama di kawasan lain. Tambahnya, sikap pentingkan diri itu telah merumitkan mereka untuk mengguna laluan pejalan kaki. Malah, pejalan kaki terpaksa mengalah dan berjalan di jalan raya yang sibuk.

image is not available

Baca lagi artikel terkini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved