Selipar Jadi Petunjuk, Bekas ADUN Pengkalan Kundor Ditemukan Lemas Di Sungai

7 Jun 2026 • 12:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Datuk Mohd Jamil Md Idross, 78, ditemukan lemas di sungai berhampiran Kampung Teluk Bagan, pagi tadi.

Ditemukan di sungai berhampiran Kampung Teluk Bagan

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi berhubung seorang lelaki dipercayai lemas di lokasi berkenaan.

Menurutnya, sebuah jentera bersama lima anggota dari BBP Jalan Raja yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Salim Abdul Razak segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba dimaklumkan orang awam bahawa seorang lelaki dipercayai lemas di sungai itu.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pencarian di permukaan air di sekitar lokasi mangsa dipercayai lemas,” katanya.

Image from: Selipar Jadi Petunjuk, Bekas ADUN Pengkalan Kundor Ditemukan Lemas Di Sungai

Mangsa ditemui dan dibawa ke tebing sungai

Beliau berkata, mangsa ditemukan pada jam 8.05 pagi sebelum dibawa naik ke tebing sungai pada jam 8.18 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Image from: Selipar Jadi Petunjuk, Bekas ADUN Pengkalan Kundor Ditemukan Lemas Di Sungai

Operasi yang turut dibantu dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berjaya dikawal pada jam 8.22 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.11 pagi.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

The post Selipar Jadi Petunjuk, Bekas ADUN Pengkalan Kundor Ditemukan Lemas Di Sungai appeared first on Borak Daily.