Seluar Dalam Pun Nampak, Penampilan Terkini Pelakon Transformers Shia LeBeouf Jadi Bualan Netizen

Entertainment
25 Jan 2023 • 1:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika anda meminati filem bersiri Transformer, pasti mengenali pelakon utamanya iaitu Shia LaBeouf.

Aktor terkenal Hollywood itu baru-baru ini menjadi bahan bualan peminat apabila dia tampil menjadi seorang ‘wanita’ ketika hadir untuk sesi penggambaran di luar teater untuk filem terbarunya yang berjudul Megalopolis.

Dalam beberapa hantaran foto yang berlegar di media sosial itu, Shia dilihat selesa mengenakan dress berwarna putih, berkasut tumit tinggi dan mukanya juga disolek seperti seorang wanita.

Turut hadir beberapa rakan artis dalam filem tersebut iaitu Chloe Fineman, Isabelle Kusman dan Jon Voight.

Dia yang kelihatan sungguh berlainan dilihat selesa malah ‘pose’ sehingga menampakkan seluar dalam dihadapan kamera.

Lapor Just Jared, kemunculan Shia pada malam itu agak mengejutkan setelah dia lama menghilang daripada industri hiburan Hollywood gara-gara terpalit isu penderaan mental dan seksual sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved