‘Seluas-luas pantai, depan kami juga korang pacak khemah’

6 Jun 2024 • 12:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Aktiviti berkelah di tepi pantai sering menjadi pilihan untuk mengukuhkan hubungan keluarga. Namun, satu insiden yang tular di media sosial menunjukkan bukan semua pengunjung mempunyai kesedaran dan bertimbang rasa.

Sebuah video TikTok yang tular menunjukkan sebuah keluarga terpaksa berdepan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengunjung lain yang memacakkan khemah besar di hadapan, sekali gus menyebabkan pemandangan pengadu sekeluarga terjejas.

TikToker Lela berkongsi pengalaman yang tidak menyenangkan itu semasa picnic dengan keluarganya di Port Dickson.

https://www.tiktok.com/@snlelaaaaa/video/7375793381345152263

“Kisah sedih ringkas picnic semalam dengan family di Port Dickson.

“Terjumpa satu keluarga tertutup hijab. Kebahagiaan kami (hanyalah) sementara. Nohhh Rokiah, view khemah saja.

“Kesian diorang, tertutup hijab sampai tak nampak kami yang besar ni. Seluas-luas pantai, depan kami jugak korang pacak khemah,” kata TikToker Lela.

Ada netizen yang bertanya mengapa pengadu tidak menegur pengunjung berkenaan. Menurut Lela, mereka lebih berumur dan dia tidak mahu bertindak kurang ajar di depan anak-anak.

“Diorang lebih berumur. Kita ni tak naklah kurang ajar dan tunjuk tak baik di depan anak-anak,” katanya.