Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta

4 Jun 2024 • 5:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sindiket penyeludupan minuman keras dirampas di Pelabuhan Sepanggar

Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta. Pada 24 April lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah telah merampas tiga kontena minuman keras yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM1.5 juta termasuk duti dan cukai.

Rampasan ini dibuat di Pelabuhan Sepanggar kerana dipercayai minuman keras tersebut cuba diseludup masuk dari negara jiran.

image is not available
Seludup Dari Negara Jiran, Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman, rampasan dibuat antara pukul 10.50 pagi hingga 3.39 petang apabila petugas JKDM mendapati imej meragukan pada mesin imbasan kontena tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa modus operandi sindiket penyeludupan ini adalah dengan memalsukan maklumat dengan mengisytiharkan barangan sebagai pemegang telefon bimbit, barangan rumah dan jengkaut.

Siasatan kini tertumpu kepada ejen perkapalan kerana barangan yang diisytiharkan dalam kontena itu berbeza dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, menurut laporan.

Pelbagai jenama minuman keras, rokok, 2 buah lori, dan sebuah kereta Myvi dirampas

Selain itu, dalam Operasi Tuai yang dijalankan pada 22 hingga 29 Mei lalu, JKDM Sabah juga merampas pelbagai jenama minuman keras, rokok, dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Viva yang dianggarkan bernilai lebih RM450,000 termasuk duti dan cukai.

Lima individu termasuk seorang warga asing berusia antara 19 hingga 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Operasi ini dijalankan di kawasan Ranau, Kota Kinabalu, Papar, Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom dan Keningau bagi menyekat penjualan dan pengedaran barang-barang seludup pada musim perayaan Pesta Kaamatan.

Baca juga artikel yang berkaitan: