Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan hingga 12 tengah hari

1 Oct 2025 • 11:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 12 tengah hari.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang melibatkan kawasan Bentong dan Temerloh serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sementara itu, MetMalaysia turut memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 12.49 tengah malam tadi.

Gempa yang berpusat pada kedalaman 10 kilometer itu dikesan 128 kilometer Timur Laut dari Probolinggo, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved