Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 5 petang

16 Mar 2026 • 3:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 MAC: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal hujan lebat sehingga 5 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.