Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

16 May 2024 • 1:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 4 petang ini.

Cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved