Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir hingga 6 petang

15 Feb 2026 • 3:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 FEB: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 6 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca tidak menentu itu turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri lain termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

Amaran ribut petir ini merupakan amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved