
Semak Kawasan Masing-Masing, Ini Senarai 5,496 “Hotspot” Banjir Di Seluruh Malaysia
Semalam, pihak JPS telah membuat satu bebenang di laman Twitter mengenai kawasan-kawasan panas atau lebih dikenali sebagai ‘hotspot’ untuk banjir bagi membantu penduduk di kawasan sekitar mengambil langkah-langkah awal.
Menerus bebenang itu, secara keseluruhan terdapat 5,496 kawasan di seluruh negara dikategorikan sebagai kawasan hotspot mengikut negeri masing-masing. Berdasarkan senarai tersebut, Sarawak memiliki lokasi kawasan panas banjir paling banyak iaitu 1034 kawasan, diikuti dengan Pahang (762), Kelantan (595), Sabah (530), Johor (432), Kedah (373) dan negeri-negeri yang lain. Untuk senarai lanjut, anda boleh rujuk pada gambar di bawah: Diharapakan orang ramai dan penduduk di kawasan yang disenaraikan JPS untuk sentiasa berwaspada dan membuat persediaan secukupnya untuk berdepan dengan banjir. Juga diingatkan agar semua dapat mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan agensi-agensi pengurusan bencana bagi memastikan keselamatan diri masing-masing sentiasa terjamin. Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa situasi banjir di seluruh negara yang dikemaskini dari masa ke masa oleh JPS Malaysia dan agensi-agensi lain menerusi laman media sosial masing-masing. BACA: Mustahil Tak Rugi, Mangsa Boleh Mohon 4 Bantuan Pasca Banjir Ini Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) via Twitter
Terengganu

Kelantan

Pahang

Johor

Negeri Sembilan

Melaka

Kuala Lumpur

Selangor

Perak

Pulau Pinang

Kedah

Perlis

Sabah

Sarawak

Labuan

The post Semak Kawasan Masing-Masing, Ini Senarai 5,496 “Hotspot” Banjir Di Seluruh Malaysia appeared first on Siakap Keli.

