Semak segera agensi kerajaan negeri dan GLC yang tidak berprestasi: Hajiji

4 Jul 2022 • 3:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor mengarahkan semakan segera terhadap perjanjian dan kontrak yang membabitkan semua agensi negeri dan GLC yang tidak berprestasi serta merugikan kerajaan.

Beliau turut mengingatkan kepada pegawai yang ditugaskan untuk memeterai perjanjian dan kontrak terbabit agar mengambil kira kepentingan negeri.

“Sebab itu saya ingin menegaskan di sini agar mana-mana agensi kerajaan apabila buat perjanjian, pastikan (perjanjian) itu mengambil kira kepentingan negeri. Pegawai yang terbabit juga termasuk pegawai undang-undang kena tengok dan baca dengan teliti setiap isi kandungan perjanjian,” tegasnya.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Siri Ke-120 Bil 1/2022, di Menara Kinabalu, pada Isnin.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.