Semakan Kadar Dan Perluasan SST Bermula 1 Julai 2025 – Kementerian Kewangan

LocalBusiness & Finance
10 Jun 2025 • 3:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan akan melaksanakan semakan dan perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025, sebagai langkah untuk meningkatkan hasil negara dan meluaskan asas percukaian secara lebih progresif.

Menurut laporan Buletin TV3, kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengatakan barangan bukan keperluan seperti ketam raja (king crab), ikan salmon dan kod, cendawan truffle, buah-buahan import, minyak pati, kain sutera serta jentera industri akan dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus.

image is not available

Foto: Carian Google

Dalam masa yang sama, beberapa barangan premium terpilih seperti basikal lumba dan lukisan tangan antik akan dikenakan cukai jualan pada kadar 10 peratus.

image is not available

Foto: Carian Google

Kementerian turut memaklumkan bahawa cukai perkhidmatan pada kadar lapan peratus akan dikenakan terhadap perkhidmatan sewaan atau pajakan yang mencatatkan nilai bercukai mencecah RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

Namun begitu, tidak semua jenis sewaan atau pajakan terlibat dalam pelaksanaan cukai ini.

image is not available

Foto: Carian Google

Antara yang dikecualikan ialah pajakan atau sewaan rumah kediaman, bahan bacaan, pajakan kewangan serta pajakan aset ketara yang berada di luar negara.

Langkah ini selaras dengan Belanjawan 2025 yang menekankan pelaksanaan cukai secara lebih adil tanpa membebankan majoriti rakyat, dengan fokus kepada barangan dan perkhidmatan berstatus mewah.

Sumber: Buletin TV3