Semakan kedua tawaran ke MRSM kini dibuka! Tahniah kepada yang berjaya

LocalTechnology
28 Jan 2025 • 3:03 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Semakan kedua bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2025 sudah dibuka mulai 27 Januari.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerusi Facebook pada Isnin memaklumkan, semakan kedua bagi tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 kini sudah dibuka mulai 27 Januari.

Calon-calon boleh membuat semakan itu menggunakan nombor kad pengenalan di pautan https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1 bagi Tingkatan 1 dan https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4 (Tingkatan 4).

Para pelajar perlu membuat pengesahan terima/tolak tawaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh semakan.

Kegagalan membuat pengesahan terima akan dianggap menolak tawaran.

Sementara itu, Mara turut memaklumkan, terdapat dua lagi tarikh penting berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM yang perlu diberi perhatian semua calon.

Tarikh-tarikh tersebut terdiri daripada 3 Mac untuk semakan ketiga dan 17 Mac (semakan keempat).

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Bagi yang tidak, jangan sesekali putus asa. Peluang lain sentiasa menanti. Tetaplah berusaha dan percaya pada diri sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved