Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

Local
24 Apr 2026 • 1:41 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Keputusan Semakan UPU Online 2026 (https://upu.mohe.gov.my) dijangka akan diumumkan sekitar minggu kedua Mei 2026 (untuk lepasan SPM) & minggu kedua Ogos 2026 (untuk lepasan STPM). Perkara ini telah disahkan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA, JPT @ UPU) melalui sebuah hantaran terkini.

Semakan keputusan UPU ini hanya boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi UPU atau menggunakan aplikasi mudah alih UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. 

Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

Rujuk cara semakan keputusan dan permohonan UPU di bawah.

BACA JUGA: Fasa Kemaskini UPUOnline STPM/Setaraf Sesi 2026/2027

Permohonan UPUOnline 2026

Permohonan UPUOnline dibuka setiap tahun bagi membolehkan calon-calon lepasan SPM dan STPM membuat pilihan institusi pendidikan yang sesuai berdasarkan minat, keputusan dan merit masing-masing.

Rujuk panduan permohonan di bawah:

  1. Pembelian unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
  2. Layari portal UPU di upu.mohe.gov.my
  3. Pastikan kategori anda yang dipilih adalah betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  5. Kira merit menggunakan kalkulator merit untuk memudahkan pemilihan kos yang sesuai.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan.
  9. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang “Simpan”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027
Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

Semakan Keputusan UPUOnline 2026/2027

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum secara rasmi mengumumkan keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT).

Namun begitu, berdasarkan jadual tarikh-tarikh penting UPU yang dikeluarkan semakan keputusan UPUOnline akan dikeluarkan sekitar tempoh berikut:

  • Minggu kedua Mei 2026 (untuk lepasan SPM)
  • Minggu kedua Ogos 2026 (untuk lepasan STPM)

Kami akan mengemaskini maklumat tarikh dari semasa ke semasa apabila pengumuman dibuat kelak.

Semakan nanti boleh dilakukan di platform berikut:
👉🏻 https://upu.mohe.gov.my
👉🏻 Aplikasi UPUPOCKET

Tarikh-tarikh Penting

    PERKARALEPASAN SPMLEPASAN STPM
    Permohonan Fasa 129 Januari 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 23 Mac 2026 (5 Petang)29 Januari 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 23 Mac 2026 (5 Petang)
    Permohonan Fasa 213 April 2026 (Jam 12 Tengah Hari) – 15 Mei 2026 (5 Petang)
    Tarikh temu duga / ujianApril 2026 – Julai 2026
    Tarikh semakanMinggu ke-2 Mei 2026Minggu ke-2 Ogos 2026
    Tempoh setuju terima4 hari9 hari
    Surat tawaran1 hari lepas tarikh semakan UPU1 hari lepas tarikh semakan UPU
    Tempoh rayuan10 hari10 hari
    Pendaftaran Pelajar BaruMinggu pertama Jun 2026Minggu ke-2 September 2026
    Pendaftaran Pelajar Baru RayuanMinggu ke-3 Jun 2026Minggu pertama Oktober 2026

    Cara Membuat Semakan UPU Online Lepasan STPM / Setaraf

    Untuk lepasan STPM atau setaraf, berikut adalah panduan membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori.

    Maklumat ini merangkumi semakan panggilan temuduga, keputusan, tawaran, serta keputusan rayuan bagi Program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

    Calon boleh membuat semakan keputusan secara atas talian melalui portal rasmi berikut:

    Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPOCKET yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

    Pengesahan Setuju Terima Tawaran

    Tempoh Pengesahan: (TARIKH RASMI AKAN DIKEMASKINI KELAK SETELAH PENGUMUMAN KPM)

    Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui laman sesawang IPTA atau MARA BPT dalam tempoh yang ditetapkan.

    Rayuan Bagi Pemohon Tidak Berjaya

    Permohonan rayuan boleh dibuat di laman web rasmi : upu.mohe.gov.my

    Pemohon yang tidak berjaya atau hanya mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

    Tempoh Rayuan: (TARIKH RASMI AKAN DIKEMASKINI KELAK SETELAH PENGUMUMAN KPM)

    Tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad. Sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline boleh diajukan melalui:

    Rayuan UPUOnline
    Rayuan UPUOnline

    Semakan UPU Online Melalui Aplikasi UPU Pocket

    Selain membuat semakan UPUonline melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

    UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

    keputusan rayuan upuonline

    Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

    • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
    • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
    • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
    • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

    Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

    Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2026/2027

    Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2026/2027:

    CALON LEPASAN SPM

    Bagi pelajar lepasan SPM, berikut adalah tarikh penting permohonan UPU

    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027
    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

    CALON LEPASAN STPM

    Bagi pelajar lepasan STPM, berikut adalah tarikh penting permohonan UPU

    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027
    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

    APLIKASI KASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY

    Maklumat Lanjut Berkaitan Permohonan UPUOnline 2026/2027

    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan UPUOnline, sila rujuk:

    Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
    Jabatan Pendidikan Tinggi,
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

    Semakan UPUOnline

    Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~

    FAQ Kemasukan ke IPTA & MARA BPT

    FAQ KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) – LEPASAN STPM, DIPLOMA & SETARAF

    FAQ PERMOHONAN UPUONLINE 2026Download1. Bagaimanakah keputusan UPU untuk lepasan SPM ditentukan?

    Calon akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan markah merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.

    2. Bagaimana pemilihan ke UPU untuk lepasan SPM dilaksanakan?

    Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:

    a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
    b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.
    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

    3. Bila akan dapat surat tawaran UPU?

    Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

    4. Bila tarikh akhir buat pilihan terima tawaran UPU?

    Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana.

    Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
    ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.

    5. Bagaiman cara buat rayuan UPU?

    Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan.

    Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan

    6. Pilihan program apa yang ditawarkan dalam rayuan UPU?

    Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.

    Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada kekosongan selepas setuju terima tawaran.

    7. Bilakah keputusan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan?

    Pada minggu ke-2 Mei 2026

    8. Bilakah keputusan UPU untuk lepasan STPM akan diumumkan?

    Pada Minggu ke-Ogos 2026

    9. Bila keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan?

    Keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan pada minggu ke-3 Jun 2026.

    Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan
    ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi
    Akademik 2026/2027:
    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

    10. Bila keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM akan diumumkan?

    Tarikh pengumuman keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM adalah pada minggu keempat September 2026.

    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

    11. Kenapa permohonan UPU saya gagal?

    Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :
    Image from: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027

    PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2026/2027 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI DIPLOMA / SETARAF

    PEKELILING KEMASUKAN DIPLOMA_SETARAF KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2627Download

    PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2026/2027 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI STPM, MATRIKULASI / ASASI DAN STAM

    PEKELILING KEMASUKAN STPM_MATRIK_ASASI_STAM KE UNIVERSITI AWAM SESI AKADEMIK 2627Download

    PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, MARA BPT – LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2026/2027

    PEKELILING KEMASUKAN LEPASAN SPM KE UA, POLITEKNIK, KK DAN MARA BPT SESI AKADEMIK 2627Download
    View Original Article