Semakan Permohonan SAM Bestari / SAM Muhammadiah / MITS / SAM / SAMT 2026

Local
31 Dec 2025 • 8:42 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

eSekolah JAIS adalah sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memudahkan urusan berkaitan pendidikan Islam di negeri Selangor. Untuk membuat semakan tawaran kemasukan tingkatan satu ke SAM Bestari / SAM Muhammadiah / MITS / SAM / SAMT 2026, sila layari Portal Rasmi eSekolah JAIS di https://esekolah.jais.gov.my/

Semakan tawaran ini boleh dilakukan bermula 2 Januari 2026, jam 3.00 petang. Tarikh permohonan rayuan juga dibuka bermula 2 sehingga 4 Januari 2026.

Tarikh maklum balas tawaran ke sekolah boleh dilakukan pada 5 hingga 6 Januari 2026. Para pelajar akan mula sesi pendaftaran pada 14 Januari 2026.

Rujuk info penuh mengenai eSekolah JAIS dan semakan tawaran ke SAM Bestari / SAM Muhammadiah / MITS / SAM / SAMT 2026 di bawah.

Hebahan Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan Satu Tahun 2026

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU SAM BESTARI/SAM MUHAMMADIAH/MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)/SAM/SAMT TAHUN 2026 image is not available

Tuan/puan/Ibu bapa dan penjaga yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan Satu Tahun 2026 bagi SAM Bestari / SAM Muhammadiah / Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) / SAM / SAMT Tahun 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut: https://esekolah.gov.my

image is not available Maklumat Penting:

  • Tarikh Semakan Keputusan: 02 Januari 2026 (bermula jam 3.00 petang)
  • Tarikh Maklum Balas Tawaran ke Sekolah: 05 – 06 Januari 2026
  • Tarikh Permohonan Rayuan: 02 – 04 Januari 2026
  • Tarikh Pendaftaran Pelajar: 14 Januari 2026

image is not available Perhatian:

  • Permohonan rayuan HANYA boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan yang sama.
  • Tuan/puan/ ibu, bapa dan penjaga disarankan agar membuat semakan dan tindakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses kemasukan pelajar.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

image is not available

Cara Semak Tawaran

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM), SAMT, dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal e-Sekolah JAIS.

Rujuk cara-caranya di bawah:

  1. Layari portal rasmi eSekolah JAIS di https://esekolah.jais.gov.my/
  2. Klik “Semak Keputusan”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (12 digit tanpa tanda sempang).
  4. Klik butang “Semak”.
  5. Status permohonan (Berjaya/Gagal/Simpanan) akan dipaparkan.
  6. Cetak Surat Tawaran: Jika berjaya, anda WAJIB mencetak surat tawaran dan melakukan pengesahan setuju terima dalam sistem tersebut.

Apa Perlu Dibuat Jika Tidak Berjaya?

Jika keputusan permohonan menunjukkan status “Gagal” atau “Simpanan”, jangan panik. Masih ada peluang untuk mendapatkan tempat melalui proses rayuan dan ambilan seterusnya.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil:

1. Buat Rayuan Secara Online (Fasa 1)

Segera kemukakan rayuan melalui portal e-Sekolah JAIS sebaik sahaja keputusan diumumkan. Tarikh Rayuan dibuka bermula 2 Januari hingga 4 Januari 2026 (Hanya 3 hari sahaja!).

Cara Rayuan:

  1. Log masuk ke portal esekolah.jais.gov.my.
  2. Klik pada butang “Rayuan”
  3. Pilih sekolah yang ingin dirayu (biasanya tertakluk kepada kekosongan)
  4. Hantar dan simpan bukti rayuan.

Keputusan rayuan tidak keluar serta-merta. Anda perlu menyemak semula portal pada tarikh berikut:

PerkaraTarikh Semakan
Keputusan Rayuan (Ambilan 2)12 Januari 2026
Keputusan Rayuan (Ambilan 3)2 Februari 2026

Sekiranya rayuan online masih tidak berjaya, anda boleh cuba untuk hadir ke pejabat JAIS untuk mendapatkan khidmat nasihat atau menyemak jika ada kekosongan di sekolah-sekolah yang kurang padat.

  • Lokasi: Sektor Pendidikan, Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.
  • Waktu: Hari bekerja (8.00 pagi – 4.30 petang).
  • Dokumen: Bawa salinan keputusan peperiksaan (UASA/PBD) dan surat keputusan gagal.

Jika semua usaha rayuan ke sekolah kelolaan JAIS tetap tidak berjaya, anda masih mempunyai pilihan sekolah agama yang lain seperti:

  • SMKA / KAA (Kementerian Pendidikan Malaysia): Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Kelas Aliran Agama di sekolah harian biasa.
  • SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan): Sekolah yang berdaftar dengan KPM tetapi mempunyai kurikulum agama yang kuat.
  • Sekolah Agama Swasta/Persendirian: Pastikan sekolah tersebut berdaftar dengan JAIS atau KPM.

NOTA:

Ramai pelajar berjaya masuk ke SAM/MITS pada ambilan keduakerana ramai calon ambilan pertama memilih untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM. Jadi, pastikan anda tidak terlepas tarikh rayuan pada 2-4 Januari ini!

Tarikh-tarikh Penting

Berikut adalah jadual Tarikh Penting Semakan dan Pendaftaran SAM/SAMT/MITS Sesi 2026:

Perkara / AktivitiTarikhTindakan / Catatan
Semakan Keputusan Ambilan 12 Januari 2026Semak di portal e-Sekolah JAIS
Pengesahan Setuju Terima Tawaran2 – 4 Januari 2026Wajib disahkan dalam sistem agar tawaran tidak terbatal
Permohonan Rayuan (Fasa 1)2 – 4 Januari 2026Bagi calon berstatus “Gagal” atau “Simpanan”
Semakan Keputusan Rayuan (Ambilan 2)12 Januari 2026Semakan semula di portal yang sama
Hari Pendaftaran Murid (Ambilan 1 & 2)14 Januari 2026Pendaftaran fizikal di sekolah yang ditawarkan
Semakan & Pendaftaran Ambilan 32 Februari 2026Pengambilan terakhir jika masih ada kekosongan

Senarai Dokumen Pendaftaran

DokumenTindakan
Surat Tawaran RasmiCetak dari portal e-Sekolah JAIS
Borang Pendaftaran / LampiranCetak dan isi lengkap (dari portal)
Sijil Berhenti SekolahAsal & Salinan (dari sekolah rendah)
Keputusan Peperiksaan (UASA / PBD)Salinan yang telah disahkan
Keputusan PSRA / UPKKAsal & Salinan yang telah disahkan
Sijil Kelahiran MuridAsal & Salinan
MyKad Murid (Jika ada / MyKid)Salinan
MyKad Ibu & Bapa / PenjagaSalinan
Slip Gaji / Pengesahan PendapatanUntuk urusan bantuan/biasiswa (jika perlu)
Gambar Ukuran PasportBiasanya 4 – 8 keping (latar belakang biru)
Buku Rekod Kesihatan / ImunisasiUntuk semakan status vaksinasi
NOTA: Sila semak senarai dokumen yang diperlukan dalam surat tawaran.

Apa Itu eSekolah JAIS?

Semakan tawaran kemasukan tingkatan satu ke SAM Bestari / SAM Muhammadiah / MITS / SAM / SAMT 2026 boleh dilakukan melalui portal eSekolah JAIS.

Apa itu eSekolah JAIS? eSekolah JAIS adalah sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah yang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sistem ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah serta memudahkan akses kepada maklumat bagi pelajar, ibu bapa, dan pihak pentadbiran.

eSekolah merupakan langkah proaktif JAIS dalam memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan mutu pengurusan pendidikan Islam di Selangor.

Dengan adanya sistem ini, diharapkan proses pengurusan sekolah menjadi lebih efisien dan teratur, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Fungsi eSekolah
image is not available

eSekolah menawarkan pelbagai fungsi untuk memudahkan pengurusan sekolah, antaranya:

  • Permohonan Kemasukan Pelajar: Sistem ini membolehkan permohonan kemasukan ke Sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) diuruskan secara dalam talian bagi tingkatan satu, empat, dan enam.
  • Pengurusan Data Pelajar: Menyimpan rekod pelajar secara sistematik, termasuk maklumat peribadi, akademik, dan kokurikulum.
  • Komunikasi: Memudahkan komunikasi antara pihak sekolah, ibu bapa, dan pelajar melalui platform yang disediakan.

Prosedur Permohonan

image is not available

Untuk mendaftar sebagai pengguna eSekolah, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Akses Laman Web: Layari laman web rasmi eSekolah di https://esekolah.jais.gov.my/.
  2. Daftar Akaun: Klik pada pautan “Daftar Pengguna” dan isikan maklumat yang diperlukan, seperti nombor MyKad dan kata laluan pilihan anda.
  3. Log Masuk: Setelah pendaftaran berjaya, log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Permohonan Kemasukan: Pilih kategori permohonan yang sesuai (Tingkatan 1, 4, atau 6) dan ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan permohonan.

Garis Panduan dan Manual Pengguna eSekolah JAIS

Sebelum membuat permohonan, adalah disarankan agar ibu bapa atau pelajar membaca garis panduan dan manual pengguna yang disediakan.

Dokumen-dokumen ini memberikan panduan terperinci mengenai proses permohonan dan keperluan yang perlu dipenuhi. Garis panduan dan manual pengguna boleh didapati di laman web eSekolah di bahagian “Garis Panduan”.

Manual Pengguna eSekolahDownload

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam JAIS melalui:

  • Telefon: +6017-7630306
  • Emel: penyeliasamselangor@gmail.com
  • Alamat: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Pendidikan Islam, Bangunan Sultan Idris Shah, Tingkat 2 & 3 Menara Utara, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam, Selangor

Soalan Lazim eSekolah JAIS & Semakan Permohonan SAM Bestari / SAM Muhammadiah / MITS / SAM / SAMT 2026

Apa itu eSekolah JAIS

eSekolah JAIS ialah sistem atas talian untuk urus tadbir sekolah agama JAIS termasuk permohonan kemasukan pelajar ke SAM dan SAMT.

Mengapa saya tidak boleh log masuk ke portal eSekolah?

astikan anda menggunakan No. MyKad Murid (tanpa tanda “-“) dan kata laluan yang betul. Jika masih gagal, cuba kosongkan cache pelayar (browser) anda atau gunakan peranti lain.

Apa perlu saya buat jika terlupa kata laluan?

Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di laman utama portal. Sistem akan meminta anda memasukkan No. MyKad murid dan emel yang didaftarkan untuk penetapan semula (reset).

Apakah maksud status “Simpanan”?

Anda memenuhi syarat kelayakan minimum, namun kuota sekolah telah penuh. Anda berada dalam senarai menunggu dan berpeluang mendapat tawaran pada Ambilan 2 atau 3 sekiranya ada calon lain yang menolak tawaran.

Bolehkah saya menukar sekolah selepas mendapat tawaran?

Tidak boleh secara terus. Anda perlu melapor diri di sekolah asal terlebih dahulu, kemudian memohon pertukaran melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berdasarkan alasan yang munasabah dan kekosongan tempat.

Mengapa anak saya (PSRA Mumtaz) tetapi gagal ke MITS?

Kemasukan ke MITS (Maahad Integrasi Tahfiz) sangat kompetitif. Selain keputusan peperiksaan, pihak sekolah juga mengambil kira markah Ujian Kelayakan MITS (UKM) atau ujian hafazan yang telah dijalankan sebelum ini.

View Original Article