Dimaklumkan kepada semua calon bahawa semakan keputusan rayuan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi Ambilan 2026 boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:
Tarikh semakan keputusan rayuan: 27 Januari 2026
Tarikh pendaftaran: 03 Februari 2026
Pautan semakan: https://sptv.moe.gov.my
Sehubungan itu, calon yang berjaya dikehendaki membuat semakan dan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan.
Tarikh & Cara Semakan Keputusan Rayuan Ke Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik Sesi 2026 / 2027
Tarikh semakan adalah pada 27 Januari 2026.
Pautan semakan: https://sptv.moe.gov.my

- Senarai Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kursus Ditawarkan
- Senarai Kolej Vokasional dan Kursus Ditawarkan Seluruh Malaysia
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik
Apakah perbezaan utama antara Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT)?Kolej Vokasional (KV) lebih fokus kepada kemahiran praktikal dan latihan industri, manakala Sekolah Menengah Teknik (SMT) menggabungkan akademik dan teknikal dengan laluan ke SPM serta pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Adakah pelajar Kolej Vokasional ambil SPM?Sebahagian pelajar KV mengambil SPM terhad (subjek tertentu sahaja), dan fokus utama mereka ialah Sijil Vokasional Malaysia (SVM) serta Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
Antara kursus popular di KV ialah:
Teknologi Automotif
Teknologi Elektrik & Elektronik
Teknologi Kimpalan
Teknologi Pembinaan
Teknologi Maklumat
Hospitaliti & Kulinari
Antara kelebihan utama KV:
Lebih banyak latihan praktikal berbanding teori
Peluang latihan industri
Kemahiran terus boleh guna untuk kerja
Laluan cepat ke alam pekerjaan atau sambung diploma
SMT sesuai untuk pelajar yang:
Minat subjek teknikal & sains
Masih mahu ambil SPM penuh
Berhasrat sambung ke politeknik, universiti atau institusi teknikal
Ya. Lepasan DVM boleh sambung ke:
Politeknik
Kolej Komuniti
Universiti awam atau swasta (tertakluk syarat)
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk :
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bahagian Pendidikan Islam KPM
Aras Bawah & 2, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor.
Tel: 03-8321 7327 / 7334 / 7371
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Bahagian Pengurusan Maklumat KPM
Aras 3-4 Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 WP Putrajaya.
Tel: 03- 8884 3509 / 3684
(8.00 pagi – 5.00 petang)
Info terkini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) http://www.moe.gov.my/
