Semakin Banyak Lagu Lesap Daripada TikTok Kerana Kemelut Dengan Universal

TechnologyDigital
28 Feb 2024 • 7:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal bulan lalu ribuan lagu daripada artis di bawah label Universal Music Group (UMG) telah ditarik daripada TikTok selepas lesen penggunaannya di platform tersebut luput. Persetujuan baharu gagal dipersetujui dengan UMG mendakwa TikTok enggan membayar pampasan sewajarnya untuk terus menawarkan muzik daripada artis seperti Coldplay, Siti Nurhaliza, Taylor Swift dan Drake.

image is not available

Hari ini lebih banyak lagu ditarik daripada TikTok selepas persetujuan dengan Universal Music Publishing Group (UMPG) pula luput. Menurut persetujuan penerbitan ini, muzik yang ditulis oleh artis yang bernaung di bawah UMG juga akan ditarik. Muzik oleh Beyonce dan Harry Styles yang kini akan lesap daripada TikTok walaupun mereka bukan artis di bawah UMG kerana lagu ditulis oleh artis UMG seperti Sza.

Video TikTok yang menggunakan muzik-muzik yang telah ditarik kini bisu di platform. Sebagai antara syarikat penerbitan terbesar dunia, UMG ingin menunjukkan kepada TikTok mereka tidak memerlukan platform media sosial tersebut untuk memasarkan artis mereka. Sebaliknya TikTok yang akan lebih teruk terkesan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved