Semakin Mencair – Nepal Akan Ubah Tapak Kem Pusat Everest

WorldTechnologyDigitalSpace
19 Jun 2022 • 8:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nepal kini dalam persediaan untuk memindahkan kem pusat Everest ke lokasi lain, disebabkan oleh kem pusat sedia ada yang semakin mencair kerana aktiviti manusia.

Pada hari ini, kem pusat Everest ini digunakan ramai pendaki ketika sedang mendaki naik gunung tersebut. Namun, kebelakangan ini, ia dilihat lokasi berkenaan semakin mencair.

Beberapa pendaki juga dilaporkan mengenal-pasti jurang glasier dan krevas berlaku ketika mereka sedang tidur.

image is not available

Hal ini disebabkan oleh perubahan iklim, disamping aktiviti manusia yang ramai melalui kawasan tersebut, disamping kadar air kencing yang tinggi – sekitar 4000 liter sehari, dan juga penggunaan bahan bakar dan gas untuk memasak serta memanaskan badan yang memberikan kesan terhadap air di sana.

Tapak kem baharu dijangka akan disediakan pada jarak altitud lebih rendah, kurang 200m ke 400m – dimana tiada ais sepanjang tahun. Namun, ini akan membawa kepada jarak pendaki perlu lalui dari tapak kem ke atas lebih jauh lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved