Semakin Mendebarkan, Datuk, Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan

12 Jun 2024 • 5:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata mereka ditahan di Subang Bestari jam 2.30 petang tadi. – Gambar fail

KUALA LUMPUR - Selepas kedua ibu bapanya ditahan akhir bulan lalu, polis menahan pula datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, mereka ditahan di Subang Bestari.

Menurut beliau, penahanan pasangan suami isteri berkenaan dibuat pada jam 2.30 petang tadi.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan,” katanya.

Sementara itu Harian Metro melaporkan, mereka ditahan anggota D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. - Getaran, 12 Jun 2024